Berdengkur dalam kalangan kanak-kanak agak sukar terjadi. Kadang-kadang, dengkuran kanak-kanak akan kedengaran comel jika mereka sedang tidur dan kita menganggap ia sebagai benda yang normal untuk kanak-kanak. Setelah dikaji disebuah prasekolah, sebanyak 12% kanak-kanak di prasekolah terbabit berdengkur. Bunti dengkuran kanak-kanak yang berumur lingkungan 5 hingga 9 tahun agak kuat untuk ibu bapa mereka sedari bahawasanya mereka mengalami masalah dengkuran semasa tidur. Dianggarkan sebanyak 2% kanak-kanak yang mengalami masalah dengkuran ini turut mengalami masalah apnea tidur iaitu sering terjaga ketika tidur. Kanak-kanak yang mengalami masalah apnea tidur ini akan menjadi cepat mengantuk semasa proses pembelajaran, cepat penat dan sebagainya. Kanak-kanak mengalami dengkuran kebiasaannya disebabkan autonomi badan mereka, otot dan saraf yang mengawal otot pada saluran pernafasan tidak bergerak seiringan ketika tidur dan tonsil dan adenoid bengkak. Ibu bapa perlu risau jika anak-anak mereka mengalami masalah dengkuran kerana ia boleh menjejaskan kualiti tidur seorang kanak-kanak tersebut. Prinsip dengkur pada kanak-kanak hamper sama dengan orang dewasa. Kira-kira 3% kanak-kanak berumur satu hingga Sembilan tahun mengalami masalah ini. Apnea tidur dan sindrom rintangan saluran pernafasan adalah berbeza. Hal ini kerana kanak-kanak yang mengalami masalah sindrom rintangan saluran pernafasan atas kadangkala terjaga kerana dengkuran terlalu kuat atau dengkuran itu mengginakan banyak tenaga. Bagi apnea tidur pula, saluran pernafasan ini kadangkala ‘runtuh sehingga menutup saluran pernafasan dan tidak terbuka dengan sempurna. Kanak-kanak kebiasaannya perlu berjuang bagi membiarkan oksigen masuk kedalam paru-paru. Risiko apnea ini ialah akan menyebabkan obesiti. Jika kita baring dan lemak banyak terkumpul pada leher, ia akan menambahkan tekanan pada tisu dan membuatkan saluran pernafasan bertambah kecil. Kanak-kanak yang mengalami sindrom down, hipotonia (otot lemah ) dan neuromuscular lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit apnea tidur. Kebiasannya dengkur akan menyebabkan kesan jangka pendek. Kebiasaannya juga, kanak-kanak akan berasa cepat letih selepas bangun dari tidur mereka. Kanak-kanak juga akan mengalami daya tumpuan yang terhad dan sukar untuk menumpukan perhatian sepenuhnya serta kerap berasa resah gelisah pada waktu pagi dan juga terlalu kerap mengantuk. Kanak-kanak juga akan sering kencing di tilam, hal ini kerana keinginan untuk tisur adalah lebih penting. Oleh kerana kanak-kanak ini sering tidak mengalami tidur yang secukupnya, mereka akan hilang perhatian semasa didalam kelas. Para pakar kesihatan tidak pasti jika dengkuran yang kronik akan menyebabkan kanak-kanak berada dalam keadaan berbahaya. Rawatan bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ini agak berbeza sedikit daripada orang dewasa. Orang dewasa akan menggunanakan CPAP (tekanan saluran udara positif berlarutan). Kanak-kanak pula mengalami masalah tonsil dan adenoid yang besar dan rawatan yang terbaik bagi mereka ialah dengan menghantar kanak-kanak ini untuk berjumpa dengan pakar bedah telinga, hidung dan tekak. Hasil daripada berjumpa dengan pakar-pakar ini, kebanyakkannya telah berjaya iaitu sebanyak 85% hingga 90%. Masalah ini akan berulang sekiranya tidak dipantau dengan lebih lanjut. Jika kaedah berjumpa dengan pakar-pakar ini tidak berjaya, rawatan menggunakan CPAP atau BIPAP(tekanan positif saluran pernafasan dua paras) boleh dilakukan terhadap kanak-kanak. Sebagai ibu bapa mahupun pendidik, kita seharusnya peka dengan masalah yang mungkin kecil tetapi akan mendatangkan masalah yang besar jika kita tidak memantau dan mengambil tahu hal-hal yang sedemikian.
No comments:
Post a Comment